Wednesday, December 29, 2010

Assalamualaikum...Sebelum memulakan sebarang penjelasan yg lebih lanjut, pada kali ni saya nk share skit dgn kalian mengenai cerita MASA/WAKTU.....

.....setelah hampir sebulan menyepi akhirnya hari ini saya mempunyai sedikit MASA untuk update blog saya ni...maaflah sebab xupdate lama kerana MASA mencemburui saya utk menulis blog ini...dan MASA yg lalu itu saya gunakan utk mencari ilmu utk terus dan terus berjaya...untuk berjaya, ape yg penting? bukan kerjasama tu tapi MASA yg digunakan dan diperuntukkan utk perkara2 dunia dan akhirat perlulah diselaraskan agar tidak tersasar dari landasannya...maksudnya disini, pengurusan MASA / time management kita tu mestilah betul dan efektif agar perjalanan kita dalam kehidupan ini akan sentiasa selamat dan diberkati tuhan.

.....Pejam Celik Pejam Celik kita sudah pun sedang mengharungi tahun hijrah 1432H sekarang pada bulan Muharram. Hope kalian semua menggunakan tahun baru dlm Islam ini untuk berubah ataupun berhijrah untuk memperbaiki diri yg empunya diri ke arah kebaikan dan sekurang2nya fikirlah mengenai MASA yg sebelum ini semuanya kita peruntukkan untuk apa dan apa manfaatnya pada kita? adakah kita menggunakannya untuk kebaikan ataupun keburukan? walaupun apa jawapan kalian, kita manusia tidak akan pernah sesekali akan lari dari kesilapan dan melakukan sesuatu perkara yg tidak baik...MASA yg sudah berlalu itu kita hapuskan dengan meminta keampunan kepada yg maha Esa jika kita ada melakukan perkara yg berdosa dan gunakanlah MASA yg sedang berdetik ini dan MASA yg akan datang untuk perbaiki diri untuk mengecapi kejayaan dunia dan akhirat...Sesungguhnya dalam surah Al' Asr........di bawah ;



....maksudnya...Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yg
beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-
pesan dengan sabar.

Daripada ayat Al-Quran yg ke 103 ini jelas menunjukkan yang masa itu adalah satu unsur yang
amat penting dalam kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi ini, jadi hargailah masa itu
seperti kalian menghargai sesuatu yang bernilai. Anggapla masa itu dikurniakan oleh tuhan kepada
kita untuk kita gunakan bagi urusan-urusan yg bukan lagha...Tapi kita manusia seringkali lupa akan
kelebihan masa itu dan menganggap masa itu adalah suatu perkara yang remeh...ayuh! bangunlah
dan fikirkan dengan menggunakan akal fikiran kita yang waras ini tentang apakah itu masa dan
kegunaannya dalam kehidupan kita....

...Kita (termasuk saya) sering mengeluarkan dialog-dialog seperti :
  1. "eh, nntla aku jumpa ko, aku tgh tido ni"
  2. "awal lagi ni nak study, final exam kan lambat lagi weyh"
  3. "Jom la lepak, kan kita free xbuat apa ni"
  4. "Dh azan tu,g cepat amek wuduk...'kejapla, awal lagi ni' "
  5. dan berbagai2 dialog yg seumpama ini..........
Beringat2lah yang masa itu tidak akan sesekali menunggu kita bahkan kitalah yg perlu mengejar
masa itu dan menggunakannya sebaik yang mungkin agar kehidupan kita akan lebih sempurna.

.....Saya pernah melihat telatah dan gelagat manusia yg tidak menggunakan masa ini dengan sebaik
yang mungkin dan akhirnya apabila sesuatu terjadi pada diri mereka, mereka menyalahkan masa
itu sendiri dan orang lain atas kesilapan yg telah mereka lakukan kerana tidak menghargai masa
itu...mereka kadang2 tidak ada sedikit rasa pun untuk menuding jari terhadap diri mereka sendiri
kerana sesungguhnya itulah sikap manusia zaman sekarang. apa2 jadi semua orang yang salah,
padahal diri sendiri taknak dipersalahkan. apa kejadahnya semua ni??? hmmm...biaselah, mungkin
cermin di rumah mereka tak cukup...renung2kanlah dan selamat beramal... ***jangan amik hati atau
terasa ye kepada yg baca sebab inilah lumrahnya, tepuk dada tanyalah selera...

...banyak dah saya membebel mengenai masa dan apakah faktor2 yg menyebabkan kita tidak
menggunakan masa itu dengan efektif. sekarang saya nk share pulak mengenai macam mana nak
uruskan masa itu dengan sebaik yang mungkin agar kita tidak terus terhanyut dalam buaian hidup
fana dunia ini....

Pengurusan Masa.....

...Kalau boleh buatlah jadual, tulis hari ni nak buat apa, esok nak buat apa, lusa nak buat apa...
maksudnya macam weekly timetable, macam timetable budak2 sekolah tu...ini adalah salah satu
cara yg efektif...walaupun ada ketikanya kita tidak ikut jadual tu. tapi atleast kita ada niat untuk
buat jadual tu dan cuba fokus sedaya upaya yg boleh untuk ikut jadual itu kerana jika kita ikut
jadual itu, nescaya kita akan perolehi sesuatu kenikmatan yang teramat sangat tentang masa.
TAK CAYA TRY BUAT.....

...Then, for the muslim, please pray....tolonglah sembahyang, walaupun kita tertinggal waktu, qodo
jugak, jangan biarkan sehari tanpa sembahyang kerana disitulah terletaknya ketenangan jiwa bg
seseorang individu itu agar kehidupannya lebih teratur dan dipermudahkan oleh yang maha Esa.
Kejayaan kita juga terletak kepada masa yg kita gunakan untuk mendapat ilmu yang bermanfaat
disamping bertawakkal kepada Allah SWT dan memohon restu dari keluarga dan yg lain2. itulah
faktor kejayaan mutlak bagi seseorang individu tersebut dan semua ini didorong oleh masa....

lagi satu yg paling common, benda yg kita selalu pakai di pergelangan tangan kanan or kiri kita tu.
apa? gelang? wristband? getah? tattoo? bukan2! maksud saya JAM tangan tu...jam tangan tu
adalah satu mekanisme yg terbaik yg diciptakan manusia untuk kegunaan manusia itu jugak. jadi,
janganlah hanya pakai jam tu tapi xtahu nak aplikasikannya....cuba tepat dan sharp bila
melaksanakan sesuatu urusan itu, jangan lambat, awal xpe, kalau lambat kadang2 urusan yang
kita hendak jalankan itu akan mengalami masalah dan juga terbantut...rasenyelah kan...

...*dengarlah lagu dendangan RAIHAN - Demi Masa, nescaya kita akan terasa sedikit lonjakan
paradigma dalam diri kita ini mengenai masa itu....

...hmmm, actually ada banyak lagi info dan cerita mengenai masa ini, akan tetapi saya hanya
menyampaikan apa yang terjadi kepada diri saya sahaja mengenai masa itu...kalau nak tahu apa
apa mengenai masa, pengurusan masa yg efektif dan lain2 yg seumpamanya, silalah google ya
kerana disitu terdapat lebih banyak maklumat mengenai masa....

...sampai sini sajalah okey untuk kali ini, actually ada nk share lagi tapi nnt2la ok...

Salammm....

Wednesday, November 10, 2010

Looking forward to this...

Assalamualaikum....Final exam is already near for me and my fellow friends who takes the same course as me...So, now is already reaching the climax moment for us to catch up as much possible info regarding the subjects...please study smart now because the study hard approach wont work for this last minute catch up....Please run, not jog anymore...please be near to god...please...please and please....

***USAHA tangga kejayaan, RESTU bekalkan harapan, TAWAKKAL kunci kemenangan*** Sentiasa berpegang pada tagline ni....

hari ini dh pun hari khamis....esok jumaat, then sabtu, pastu ahad........ISNIN (Booooommmm) ape2pun aku bersyukur segala planning aku sepanjang study week dan seminggu sebelum exam (total 2 minggu) punya perancangan strategik utk revise semua subject except 1 subjek ni telah berjaya aku capai....dh 75% aku capai, campur sampai hujung minggu ni inshallah 100%....tula senjata yg akan aku bawak utk exam yg start hari isnin and so on....nasib baiklah sepanjang masa perancangan strategik aku tu xdak aral melintang dan obstacles yg menghalang, so selamat di situ....kalaupun ada, akan ku tepis guna jari kelingking ni, haha...oklah, rasanya nk share tu je kot....jap jap jap...kat bawah ni adalah subject2 yg akan aku amek time exam nnt...semester ni agak berat sebab lecturer tak bagi tips utk jawab...tp xpa, itu bukan satu penghalang utk aku berjaya dan success inshallah....


***antara subject2nye***

AMW344-ADVERTISING (4 UNIT) 15/11, 9AM, PHS2, 22BAB KESELURUHAN.


AFP367-ISLAMIC FINANCE (4UNIT) 16/11, 2.15PM, DPA, 7BAB KESELURUHAN.

AMW340-SERVICE MARKETING (3UNIT) 19/11, 9AM, DK 1, 17BAB KESELURUHAN.

STU241-HEALTH PSYCHOLOGY (4UNIT) 25/11, 2.15PM, DPA, RANDOMLY QUESTION.

ATW241-PRINCIPLE OF MARKETING (3UNIT) 26/11, 9AM, DPC, 20BAB KESELURUHAN.

***SO.....inilah antara subject2 yg akan aku ambil utk exam kali ni....bg aku, aku rasa xdaklah paper killer TAPI aku xleh nk confident sgt walaupun dh baca sebab kita xtahu ape akan jadi bila masuk dewan exam...kadang2 keBLURan boleh menyerang tiba2...takut yg tu jela...harap2 semuanya akan ok dan selamat2 sahaja....dan begitu juga hendaknya kpd rakan2 sekalian yg akan berjuang bersama2 aku kelak....kita jgn goyah, relaks dan do our best okey =) what we get is what we deserves =)***

.....last but not lease, SEMOGA SUCCESS & GOD BLESS YOU........


Friday, November 5, 2010

Al-Fatihah --> Kiamat --> Mati --> Azab

Assalamualaikum kepada semua yg masih setia...kali ni saya nk kongsi sketla pasal agama dgn korang...bnde dan fakta2 di bawah ni just copy paste je, bukan dari kepala saya bulat2...saya rasa tajuk2 bnde di bawah ni sgtlah menarik dan patut dikongsi oleh kita sesama umat islam...kepada yg ingin bace, silalah, mungkin ambik masa lebih dari sepuluh minit utk bace, tp ingtlah, masa yg anda habiskan lebih dari 10 minit ini adalah utk yg maha ESA, sedangkan kita boleh abiskan masa berjam2 utk melakukan perkara2 lain, knp tidak boleh beri masa 10 minit utk perkara mengenai Islam...renung2kanlah...dan kepada pembaca, terima kasih kerana membaca...wasalam....


MISTERI SURAH AL-FATIHAH


AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selaluAL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepaskan rasa sakit dalamanAL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mentalAL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluanAL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala.Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masaAL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintuSUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADAALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWARYANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAHBuatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut:Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib. Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).

AWET MUDA (dalaman dan luaran)Zikir BacaYa Badiyah -1 kaliYa Nur - 1 kaliYa Hadi - 1 kaliYa Allah – 3 kaliBaca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.Ayat Al-Waqiah (ayat 35,36,37,38)Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman....amin....

ADA LAGI....

(sekadar gambar hiasan)


KIAMAT

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Mati Kerana Allah

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikir-fikirkanlah...


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "


" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"


"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama....wallahualam...


SAMBUNGAN CERITA LEPAS MATI

(sekadar gambar hiasan)

SEPULUH jenis siksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Isra` dan Mi`raj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenang-nya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan


(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.


Siksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah


(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan


(3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan


(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.


Baginda juga melihat bagaimana


(5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.


Ada pula


(6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwhudlu dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi yaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.


Selain itu, Baginda melihat


(7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat


(8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah


(9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.


Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang


(10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Semoga kita terhindar dari Siksaan tersebut diatas...wallahualam....


JADI KEPADA PEMBACA YG SUDAH MEMBACA, HARAP KALIAN DPT MENGAMBIL IKTIBAR DARI ARTIKEL2 DI ATAS INI DAN SEJAHTERALAH HIDUP KALIAN JIKA KALIAN MENGINGATINYA DAN BERAMAL DGNNYA.... SESUNGGUHNYA TUHAN SAHAJA YG DPT MEMBANTU KITA...AMIN...WASSALAM....


Monday, October 25, 2010

Settle pun Sudah! TAPI...........

Alhamdullillah dah setle dh pun esemen aku semuanya utk semester ini..dengan penuh rasa kesyukuran ku panjatkan dengan ungkapan ke hadrat ilahi... bolehla nak update blog ku ini, haha...selain tu boleh main FACEBOOK (kaburkan sket)!!! haha...tapi aku rasa aku je yg mcmTERFREEawal...KENGKAWAN2 still busy wat ESEMEN deowg....xpela, xnak gnggu deowg...WISH THEM GUDLUCK!!! Hoooooooooooooooooray.....................
TAPI..........Seronok ni hanyalah seketika sebab lg 2 minggu dah nak FINAL EXAM!!!!!!!

TAPI..........Dalam kepala ni asyik rasa nak p enjoy or pegi somewhere je dgnKENGKAWAN2sekalian...contohnya p HIKING ke, p MANDI LAUT ke, p HANG OUT kt mana2 ka.....

TAPI.........Nak enjoy jugak tapi KASSEL ELEK (bahasa india yg bermaksud tarak duit)

Berapa byk TAPI la....Pengajaran di sini ingin menyatakan bahawa MANAGE LAH sesuatu perkara yg kita nk buat tu AWAL-AWAL skit so that xjadi macam ni, byk je halangan utk memenuhi kemahuan @ NEEDS AND WANTS diri ini......haaaaiiihhhh....

........Cuba tengok dengan jelas image diatas ni, FOKUS dgn TELITI, nmpk bergerak x??? kalau xnmpk bergerak maybe org tu ade masalah dgn matanya dan disebabkan itu pemikirannya akan serabut dan xdpt buat keputusan yg bijak......(masuk ke dgn topik aku ni, booooolehlaaa....)

Jadi kesimpulannya (mcm esemen la plak), xdapat nak SIMPULKAN APA2...hahahaha

Just nak cakap GUDLUCK kat KENGKAWAN2 semua sempenaEXAM yg bakal tiba ni...GUNAKANLAH MASA YG ADA NI DGN SEWAJARNYA...amin....bye...salam....



~~~~~~~~~~~~Tepat jam 12mlm (26/10) aku updated!!!~~~~~~~~~~

Saturday, August 28, 2010

Pengalaman RAMADHAN~~~


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H

SALAM...Hai...saje je nak tulis blog hari ini sebab ade org dah sound2 aku dh suruh update blog aku ni...emm..ntahla...nak share ape pun xsure lagi ni....aku rase nak share la sepanjang bulan puasa ni ape je aku buat n lalui...harap2 story kali ni okla jugak...hmmm...

Diam xdiam dh 2 minggu kite semua umat islam telah berpuasa kan, Nuzul Al-Quran pun dah abis dah...tp adakah kita semua berpuasa semata2 utk mengejar raya ataupun utk menambah ibadat dan tunduk pada perintah yg maha ESA...renung2kanlah...aku pun dalam bulan puasa ni la macam2 yg aku pelajari...ini lah itu lah...tp ntahla...walaupun setan kne ikat kat neraka, tp nafsu dalm diri ni tetap kuat jugak kan....kadang2 terasa amat susah nak melawan nafsu ni....walau apapun, cara yg terbaik utk melawannya adalah kita tambahkanlah ibadat dlm bulan puasa ni kepada yg maha ESA disamping meninggalkan perkara yg tidak baik...bak kate org, buang yg keruh ambik yg jernih....jadi...aku pun cubalah buat Eksperimen mengenai hal ini...dan resultnya amat memberansangkan...aku dapati jikalau kita ikut segala perintah yg maha ESA di sepanjang bulan RAmadhan ini dan meninggalkan segala larangannya, Hati dan Diri kita akan tenang dan senang menghadapi hari2 yg kita lalui dan SEBALIKNYA...aku amat kagum dgn result ini...dan bersyukur sesungguhnya Ramadhan kali ini byk mengajar aku apakah itu erti kehidupan WALAUPUN kadang2 aku ni bukan baik sgt, kita manusia xkan terlepas dari melakukan kesilapan ye x...BUT overall it okey and i satisfy with it, allthough there still 2 weeks to go on in this fasting month...Di sini aku ingin simpulkan yg gunakanlah bulan puasa ini sebagai kayu ukur dan titik tolak kepada diri kita utk berubah, walaupun perubahan itu sedikit iaitu 0.01% sekalipun, make sure ia kearah kebaikan dan bukannya keburukan...sesungguhnya Ramadhan ini adalah bulan mulia dan tersimpan seribu nikmat di dalamnya....usahlah guna bulan ini utk gejala2 maksiat seperti buang bayi, minum arak, njoy xtentu pasal....apa nak jadilah kan...try la utk avoid dari perkara2 yg kufur ini sesungguhnya itu adalah jalan singkat utk ke NERAKA...

Dalam bulan puasa ni jugakla aku belajar sedikit sebanyak cara2 utk menguruskan kewangan aku semasa berblanja...wpun kadang2 amat boros dgn pujukan rayu nafsu, akan tetapi itu hanyalah satu dugaan buat kita...yg ingin aku ckpkan disini, apabila kita berboros dan makan makanan tersebut, wpun kuantiti yg kita makan hnyalah sedikit, kita akan kenyang dan mengah perut...itulah pengalaman yg aku lalui pada bulan Ramadhan kali ini...jadi, lagi sekali aku buat Eksperimen mengenai hal ini dan mendapati keputusannya. (xnak citer,korg pkla k) nak aku katakan ialah jgnlah boros sgt, nnt xde duit nak beli baju raya or persiapan raya penting yg lain plak...renung2kan...

Yg aku xpuas hati sepanjang bulan puasa ni.....aku dah azam nak exercise bulan puasa ni tp last2 xexercise2 pn....sebab ape pun xtau...maybe sebab kalut nak g bazaar kot...xpun malas...ntahla...dhla bak kate org bulan puasa ni bulan buat perut...hmmm..ape2 jela... AKU HARAPLA LEPAS BULAN PUAS NI AKU DPT AKTIF SEMULA BERSUKAN..amin....

okla...actually aku ada byk event lagi nak cerita dlm bulan puasa ni, tp macam xsempat je...aku ada hal nak buat lepas ni...sekarang aku kongsi je dulu pasal pengalaman aku bulan puasa ni mengenai puasa je ok...pasal bnde2 lain nnt la aku kongsi, XPUN KORG TENGOK JE FB AKU... semua update ade disitu....Kesimpulannya (mcm tulis karangan la plak) yg ingin aku gtau adalah gunakanlah Bulan RAMADHAN ini sebagai bulan utk berubah ke arah kebaikan dan maju.... wasalam....ceria2 selalu....













Tuesday, July 20, 2010

Kembali mengUPDATEkan Diri KU...



Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada para2 followers yg dh lama menunggu kemunculan saya...mintak maaf ek sebab lama xupdate...ALASAN = TERLUPA USERNAME & PASSWORD...malam ni ntah kenape ttbe boleh ingat balik plak username & password tu, PELIKKKK...tapi BENAR...Mungkin sebab BOSAN sgt kot & tambahan HUJAN plak kat sini..SEJUKKKK rase...ape2 jela weyh...setelah lama menyepi, aku nak mulakan dgn sesuatu la yg boleh bagi aku semangat & juga kpd followers2 aku...ok..layannnnnzzzzzzzz.....



ok...dah2...nak cerita sket ni...xtahula nak cerita sal ape...jap2....aku ni dh mula sem baru kat USM ni 2 minggu yg lepas...dh masuk sem 5 dh pun...tggl lagi 1 sem je lagi sebelum aku grad...exam aritu pun alhamdullillah aku dpt jugak buat yg TERBAIK & aku bersyukur sangat2...kawan2 dan org yg tersayang pun dpt result yg MARVELOUS jugak...Sem ni kena pulun la sket...nak try dpt result yg lagi ok...tambahkan pulak nak PUASA & RAYA nnt....ckp sal bnda ni teringat aku sesuatu yg amat penting...DUIT!!! duit PTPTN sem ni dpt sket je. xseperti yg diharapkan...kena blajar berjimat la....TAPI.......BERJIMAT KE AKU??? tula persoalan yg susah nk dijawab...Albert Einstein pun xleh jawab kot....


.................Bluekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk................................

ok.....dh tgk lidah Albert Einstein.....? amcm??? panjang x? hahaha....okla....next, aku nak share sesuatu yg aku jumpa haritu time cuti masa aku kat rumah.....CUBA TEKA???? jeng3.....


.........ni la aku!!! haha..MEMORY gila gambaq ni..cmna aku leh jumpa pun aku xtau..hahaha... time ni aku 2 tahun kalau xsilap..haha..nerd betoi...dahi pun besaq...apa yg still sama dgn aku dlm gmbr ni dgn aku yg sekarang aku rasa kat HIDUNG tu kot....hahaha...ape2la...dh2 korg.. xyah renung lame2 gambar ni..MALU I..hihihihihihihihihi....

....dhla, cukup! SUDAH! sekarang aku nak share apa aku buat time CUTI SEMESTER hari tu.... yg paling aku ingat aku p KL seminggu lebih cmtu belajar cam mana nak manage COMPANY dari kawan aku di sana..best jugak kenangan tu..ala2 PRA-PRAKTIKAL kot..assume je ok... aku belajar cam mana nak marketkan produk baru deowg ke dlm market...produk tu nama SMYLO..lebih kurang cam milo la...sipi2 cam OLIGO...aku dh buat the best to help them.. hope they adopt with my plan la...hahaha...bukan tu saja aku buat kat sana, aku g KAROK kat REDBOX SOGO,besttttttt.... yg paling best g I-CITY....aku g the MINES, TIMESQUARE, MIDVALLEY n ape lg ntah xingt...yg paling best aku jumpe KEKASIH HATI DI SANA YG SEDANG PRAKTIKAL DI UTUSAN...jeng3...sekarang dia dh tmt praktikal...dpt BYLINE byk kali gak..hope dia dpt jadi JOURNALIST nnt, amin~~~

~~~Soryla xde gambar utk semua event di atas, EXTERNAL xde pada aku, AWEK gune~~~

...tu satu cerita...cerita lain plak, lepas dari trip tu, aku duduk rumah lama gak menghabiskan masa dgn family aku kat umah..best gila dgn ADIK KESAYANGAN AKU AMIR MEAH...awww!!! selain daripada itu, aku jugak MAKAN tido MAKAN tido...huhuhuhu..dh naik PERUT aku ni,aduh...kene exercisela cmni gayanya...TAPI....EXERCISE ke???? hahaha...

dan akhirnya......................sampailah sekarang..soryla, nnt aku sambung tulis lain ya, awek nak g makan plak...actually ada byk lagi bnda yg nk disharekan....huhuhuhu...ok semua...salam.....