Wednesday, March 10, 2010

Gempa Bumi @ Earthquake.....Renung2kan~~~

Salam~~~dh seminggu xupdate blog aku ni...tetibe malam ni tergerak hati nak update dgn something ni iaitu pasal gempa bumi...sebabnye aku pilih tajuk ni ialah nak kasik org tau n sedar sket yg dunia kita ni makin hari makin uzur dh....dh nk kiamat dh nnt ni...jadi,renung2kanlah ok kpd semua...bertaqwala pd yg maha Esa sesungguhnya padaNyalah kita akan kembali nnt...teguhkanlah agama kita,moga dijauhi kita daripada azabnya....

hmmm...tu baru mukadimmahnye je ok...sekarang aku nak share dgn korg suma apa yg dh jadi pada suku pertama tahun 2010 ni....tau x ape??? gempa2 bumi yg melanda dunia ni antaranya di HAITI, CHILE, TAIWAN & TURKEY...apakah signifikannye kejadian ni terjadi...? korg pikirla sendiri ok...maybe ade makne yg mendalam dan tersirat yg nak mengingatkan manusia di muka bumi ni semua tentang kiamat...ataupun hmmmm, ntahla... pikirla k n renung2kan....

Gempa di HAITI ~~~
ok,sepertimana yg kita tahu dunia digemparkan dgn gempa pertama pada tahun 12 Januari 2010 kalau xsilap di HAITI...gempa ni berskala agak tinggi gk,lebih 6 tp xingt dh berapa dan berlaku hampir 35 minit...bayangkanlah betapa derita dan paniknye rakyat di HAITI ketika itu...xtahu nak gambarkan mcm mana kan...JADI, kita sbg rakyat MALAYSIA yg pemurah ni, dermalah dan bantulah rakyat HAITi ni menanggung penderitaan ini ok..moga dgn bantuan kita, ALLAH SWT akan jauhkan azabnya dari kita..inshallah...

Gempa di CHILE~~~
next,nak kongsi pasal gempa yg terjadi di CHILE plak..lepas sebulan gempa kat HAITI tu, berlaku plak gempa kat CHILE ni, kalau xsilap tarikhnya 27 FEBRUARI...gempa ni agak kuat sebab berskala 8.8...lebih kurang je macam gempa yg berlaku kat ACHEH dulu tu yg menyebabkan TSUNAMI tu kan...takut dgr...dikatakan, disebabkan gempa tu, ibu negeri CHILE iaitu SANTIAGO bergerak 28centimeter ke arah tenggara...lebih kurang cm bandar tu bergerak la...cubalah bayangkan kuasa tuhan ni....bertaubatlah dan insaflah wahai manusia di muka bumi yg makin uzur ni...disebabkan gempa ni kuat sgt, ibu negeri ARGENTINA iaitu BUENOS AIRES juga bergerak 2.5 centimeter...KUATNYA GEMPA KAT CHILE NI KAN...HUHUHUHU...Hampir 500 orang dh dijumpai mati dan selebihnya sedang dicari...mereka menjangkakan mengambil masa 3 tahun utk pulihkan kembali negara mereka tu...bantulah k deowg ni k~~~~xabih lg..ada lg gegaran2 susulan kat sana, ada beratus2 kali yg semuanya lebih dari skala ritcher 6...bayangkanlah betapa xtenangnya hidup deowg...renung2kanlah knp bala dan azab ini terjadi...~~~

Gempa di TAIWAN~~~
gempa kat TAIWAN ni baru je jadi minggu lepas, kalau xsilap tarikhnya jadi 5 MAC...dekatnya gempa ni dgn kita kan, kat dalam ASIA plak tu....adoi...tp kita jgnla merungut dgn azab2 ni sebab mungkin ada hikmah disebalik semua ini terjadi dan mesti ada mesej yg ingin ALLAH SWT ingin sampaikan kepada umat bumi ni...renung2kanlah~~~ k2, aku sambung lg k, gempa ni dikatakan berskala 6.4 je, xla besar sgt kan tp wpun xbesar cubala ambik iktibar disebaliknya ok...xingtlah ada yg mati ke x,tp dilaporkan ramai yg cedera dan berlaku kebakaran2 di sana...kesiannya kan...tp kan, gempa ni telah memusnahkan talian internet dasar laut kat TAIWAN tu...bygkanlah depa kat sana xdak internet...tu je kot nak kongsi pasal gempa kat sni sebab xde byk story sgt,tp nak korg pikir je signifikannye ok~~~

Gempa di TURKEY~~~
ok,ni adalah gempa yg paling latest la yg aku dengar dan terbaca di akhbar2 iaitu di TURKEY, dalam 2 3 hari lepas kalau xsilap 8 MAC, lepas 3 4 hari gempa kat TAIWAN tu...huhuhu...gempa ni pun kecik je, berukuran dalam skala 6 cmtu tp ramai gak yg terkorban...byk yg mati adalah org2 kampung kat sana, xingat dh nama kampung tu apa..hampir 51 org mati dan mungkin lebih dari tu...hmmmm...disebabkan gempa ni,byk krisis2 kecik yg jadi kat TURKEY tu...kesian depa...dhla kot...aku rasa sedih plak nak cerita lebih2 lagi...

~~~korg kalau nak tahu cerita2 selanjutnya pasal kesemua gempa2 ni, silalah cari dari sumber2 yg sahih dan benar k...yg aku cakap ni just dari apa yg aku terbaca, dan mungkin tersilap2 kat mana2 harap maaf k,tp aku yakin apa aku cerita ni benar tapi xmendalam lg~~~nk mendalam korg g la search mana2 k, google ke ape ke k...

KEPADA UMAT2 ISLAM YG TERKORBAN DALAM GEMPA2 NI, KITA SEDEKAHKANLAH SURAH AL-FATIHAH BUAT MEREKA OK SEBAB KITA SEMUA BERSAUDARA,JGN LUPA TU OK~~~

walaupun gempa2 ni belum boleh cabar gempa yg berlaku kat ACHEH pada december 26 2004 tu, tp semua yg terjadi ni ada HIKMAH dan mesej2 yg tertentu dari ALLAH SWT.. allahuallam~~~ just nak korg renung2kanlah bende ni ok...n lastly, renung2kanlah ayat2 di bawah ni ~~~~

(QS. Al Israa' ayat 16)
: Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

(QS. Al Israa' ayat 58)
: Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).

(QS. Al Anfaal: 52)
: (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.

~~~ok kepada rakan2 sekalian,saya tamatkan disini ok~~~~ salam~~~~

No comments:

Post a Comment